Cara Berfikir Yang Betul Untuk Francaisor

Cara Berfikir Yang Betul Untuk Francaisor

Sering kita dengar cerita bahawa sistem Francais ini lebih menekan dan mengambil kesempatan ke atas Francaisi. Ada juga yang berpendapat bahawa Francaisor menjalankan sistem Francais semata-mata ingin mengaut keuntungan dari Francaisi.

Tidak kurang juga Francaisor yang tidak jelas bagaimana harus mereka menjalankan sistem francais dengan betul. Ramai juga Francaisor yang saya kenali gagal memahami hak-hak mereka dan tidak memenuhi tanggungjawab mereka sebagai seorang Francaisor yang baik.

Perkara paling asas yang sering saya kongsikan dengan usahawan yang merancang untuk menjalankan sistem Francais adalah CARA BERFIKIR YANG BETUL sebagai seorang Francaisor. The mindset yang perlu kita selaraskan dahulu.

Jangan kita terjun ke dunia francais tanpa kita mempunyai mindset yang betul. Di dalam Bahasa Inggerisnya, ia berbunyi seperti ini;

“Franchisors not supposed to make money from Franchisees; The Franchisor makes money through Franchisees.”

Apa yang kita boleh fahami dari pernyataan di atas adalah;

  1. Francaisi adalah pihak yang menjadi pengantara di antara Francaisor dan kumpulan sasaran (pelanggan dsbnya) kita;
  2. Initial Fee dan pakej pelaburan yang dibayar oleh Francaisi bukanlah perlu dianggap sebagai satu keuntungan yang dikejar oleh Francaisor;
  3. Francaisor bertanggungjawab untuk menyediakan sistem bisnes yang telah terbukti berjaya, produk yang hebat dan terbukti diterima baik di pasaran DAN menggunakan Francaisi sebagai pihak yang menjalankan sistem bisnes tersebut;
  4. Francaisi menjana keuntungan menggunakan sistem bisnes yang telah dibangunkan oleh Francaisor dengan sistem sokongan berterusan dari Francaisor;
  5. Dan akhir sekali, dan yang terpenting, Francaisor dikira berjaya hanya jika kumpulan Francaisinya berjaya dan hebat menjana keuntungan dari sistem bisnes tersebut.

Soal Francaisor mengambil semata-mata mengambil kesempatan ke atas Francaisi tidak harus timbul kerana jika dilihat dari perspektif yang lain, Francaisi juga ‘menggunapakai’ jenama, sistem dan pengalaman Francasior untuk berjaya.

Perlu diingat bahawa Francaisor dan Francaisi adalah dua pihak berasingan yang perlu bekerjasama memenuhi tanggungjawab masing-masing. Hanya dengan hubungan yang SEIMBANG sahaja akan memberi kejayaan bersama kepada kedua-dua pihak terbabit.

Leave a Comment

Comment (required)

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <s> <strike> <strong>

Name (required)
Email (required)