The post Cara Berfikir Yang Betul Untuk Francaisor appeared first on Smart Franchise Partner.
]]>Tidak kurang juga Francaisor yang tidak jelas bagaimana harus mereka menjalankan sistem francais dengan betul. Ramai juga Francaisor yang saya kenali gagal memahami hak-hak mereka dan tidak memenuhi tanggungjawab mereka sebagai seorang Francaisor yang baik.
Perkara paling asas yang sering saya kongsikan dengan usahawan yang merancang untuk menjalankan sistem Francais adalah CARA BERFIKIR YANG BETUL sebagai seorang Francaisor. The mindset yang perlu kita selaraskan dahulu.
Jangan kita terjun ke dunia francais tanpa kita mempunyai mindset yang betul. Di dalam Bahasa Inggerisnya, ia berbunyi seperti ini;
“Franchisors not supposed to make money from Franchisees; The Franchisor makes money through Franchisees.”
Apa yang kita boleh fahami dari pernyataan di atas adalah;
Soal Francaisor mengambil semata-mata mengambil kesempatan ke atas Francaisi tidak harus timbul kerana jika dilihat dari perspektif yang lain, Francaisi juga ‘menggunapakai’ jenama, sistem dan pengalaman Francasior untuk berjaya.
Perlu diingat bahawa Francaisor dan Francaisi adalah dua pihak berasingan yang perlu bekerjasama memenuhi tanggungjawab masing-masing. Hanya dengan hubungan yang SEIMBANG sahaja akan memberi kejayaan bersama kepada kedua-dua pihak terbabit.
The post Cara Berfikir Yang Betul Untuk Francaisor appeared first on Smart Franchise Partner.
]]>